Ikuti perkembangan semasa dan terkini.

Berita Semasa

Debaran peperiksaan akhir jelas terpancar apabila seramai 25 pelajar Program Kimpalan Kolej ITBASE menduduki peperiksaan sebagai penilaian terakhir sebelum menamatkan pengajian. Peperiksaan ini menjadi medan untuk menguji tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan. Diharapkan semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang serta terus melangkah maju sebagai tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam industri. Selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada semua calon!
Baca Selanjutnya
Raikan kemeriahan Syawal bersama warga Kolej ITBASE dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 17 April 2026 di Taman Waja. Majlis ini menghimpunkan pelajar, kakitangan, dan rakan industri dalam suasana penuh ukhuwwah bagi mengeratkan silaturahim serta meraikan semangat kekeluargaan ITBASE College. Saksikan sorotan momen indah dan kemeriahan juadah raya kami di sini!
Baca Selanjutnya
Pertandingan Kemahiran Kimpalan Peringkat Kolej ITBASE 2026 membuka ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta kemahiran teknikal dalam bidang kimpalan. Program ini bukan sahaja menguji kecekapan peserta melalui proses 1F dan 2F, malah menjadi platform membina keyakinan, disiplin dan daya saing dalam kalangan pelajar TVET. Berlangsung di Bengkel Kimpalan N018, pertandingan ini menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam suasana kompetitif yang penuh semangat dan profesionalisme.
Baca Selanjutnya
Jawatan Kosong: Pegawai Penilai Kimpalan & Elektrik Kami di ITBASE College sedang mencari calon yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Penilai Kimpalan & Elektrik.
Baca Selanjutnya
Kolej ITBase dengan bangganya telah menganjurkan Hari Kerjaya TVET MyFutureJobs yang berjaya menarik ramai pencari kerja, pelajar, graduan dan alumni untuk mengambil langkah seterusnya dalam pembangunan kerjaya mereka. Acara yang berlangsung pada 13 Januari 2026 (Selasa) dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Kolej ITBase ini telah mencipta peluang berharga kepada semua peserta yang hadir. Program ini memberi pendedahan real-world terhadap perkembangan peluang pekerjaan dalam sektor teknikal dan vokasional (TVET),...
Baca Selanjutnya
1 2 3 4