
Kolej ITBASE terus komited dalam melahirkan pelajar berkemahiran tinggi apabila menganjurkan Pertandingan Kemahiran Kimpalan Peringkat Kolej ITBASE 2026 yang berlangsung dengan jayanya di Bengkel Kimpalan Kolej ITBASE.
Pertandingan yang diadakan pada 10 April 2026 (Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini melibatkan penyertaan pelajar dalam menguji kemahiran mereka dalam proses kimpalan 1F dan 2F.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap standard sebenar industri selain meningkatkan tahap kompetensi serta keyakinan diri dalam bidang kimpalan. Inisiatif seperti ini selari dengan usaha berterusan institusi TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.
Setiap kelas kimpalan diwajibkan menghantar dua orang peserta terbaik bagi mewakili kelas masing-masing, sekali gus menjadikan pertandingan ini lebih kompetitif dan mencabar.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.
🥇 Tempat Pertama : Puteri Nurdania Qistina binti Muhammad Nor
🥈 Tempat Kedua : Mohammad Aliff Dzulqarnaen bin Affandi
🥉 Tempat Ketiga : Mohammad Aliff Dzulqarnaen bin Affandi
🏅 Tempat Keempat : Wan Ahmad Ubaidillah Auzaie bin Wan Saiduldin
🏅 Tempat Kelima : Husnul Khatimah binti Khairul Nizam
🏅 Tempat Keenam : Abi Akasah bin Abd Majid
Para pemenang membawa pulang hadiah berupa piala, wang tunai serta sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan terhadap kemahiran dan usaha yang ditunjukkan.
Pihak kolej berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kompeten serta bersedia menghadapi cabaran industri sebenar.