Ikuti perkembangan semasa dan terkini.

Berita Semasa

Kolej ITBASE dengan kerjasama Celestica membuka peluang kerjaya kepada Alumni Kolej ITBASE dan orang awam berumur 18 tahun ke atas dalam bidang Kimpalan (Welding) dan Elektrik. Peluang ini bertujuan membantu graduan dan pencari kerja membina kerjaya dalam industri pembuatan. Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila hubungi Penyelaras Unit ICPC (Puan Radziah) di talian 018-978 2402.
Baca Selanjutnya
Kolej ITBASE membuka peluang kerjaya kepada pelajar bidang kimpalan melalui kerjasama strategik bersama Asia Edar (HQ Gombak). Sebanyak 3 hingga 4 kekosongan ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk memulakan kerjaya dalam industri kimpalan. Peluang ini membuktikan komitmen Kolej ITBASE dalam memperluaskan jaringan industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Pelajar yang berminat boleh menghubungi pihak kolej di talian 07-454 2020 atau 013-772 1033 untuk maklumat lanjut dan permohonan.
Baca Selanjutnya
Debaran peperiksaan akhir jelas terpancar apabila seramai 25 pelajar Program Kimpalan Kolej ITBASE menduduki peperiksaan sebagai penilaian terakhir sebelum menamatkan pengajian. Peperiksaan ini menjadi medan untuk menguji tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan. Diharapkan semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang serta terus melangkah maju sebagai tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam industri. Selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada semua calon!
Baca Selanjutnya
Raikan kemeriahan Syawal bersama warga Kolej ITBASE dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 17 April 2026 di Taman Waja. Majlis ini menghimpunkan pelajar, kakitangan, dan rakan industri dalam suasana penuh ukhuwwah bagi mengeratkan silaturahim serta meraikan semangat kekeluargaan ITBASE College. Saksikan sorotan momen indah dan kemeriahan juadah raya kami di sini!
Baca Selanjutnya
Pertandingan Kemahiran Kimpalan Peringkat Kolej ITBASE 2026 membuka ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta kemahiran teknikal dalam bidang kimpalan. Program ini bukan sahaja menguji kecekapan peserta melalui proses 1F dan 2F, malah menjadi platform membina keyakinan, disiplin dan daya saing dalam kalangan pelajar TVET. Berlangsung di Bengkel Kimpalan N018, pertandingan ini menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam suasana kompetitif yang penuh semangat dan profesionalisme.
Baca Selanjutnya
1 2 3