Pelajar Kimpalan ITBASE Jalani Temu Duga Industri di PTIS

ITBase College > Berita > Pelajar Kimpalan ITBASE Jalani Temu Duga Industri di PTIS

Sesi Lawatan, Temu Duga dan Perbincangan Industri Bersama PTIS

Pelepas Terminal Inland Services (PTIS), Johor – Satu sesi lawatan, temu duga dan perbincangan telah diadakan antara Kolej ITBASE, Pusat Perkongsian Industri dan Kolej (ICPC) serta pihak Pelepas Terminal Inland Services (PTIS) bagi membincangkan kerjasama strategik untuk sesi 2025/2026.

Dalam sesi tersebut, seramai tujuh (7) orang pelajar kursus kimpalan Kolej ITBASE telah menjalani sesi temu duga bersama pihak PTIS sebagai langkah awal ke arah penempatan pekerjaan dan pendedahan kepada persekitaran industri sebenar.

Sesi perbincangan yang berlangsung sehingga jam 5.30 petang ini turut memfokuskan kepada beberapa perkara utama melibatkan pembangunan pelajar TVET dan kerjasama industri jangka panjang.

Antara topik perbincangan yang dibincangkan termasuklah:

  1. Lawatan industri pelajar kursus elektrik dan kimpalan
  2. Penetapan tarikh Memorandum of Understanding (MoU) ICPC bagi tahun 2026
  3. Penempatan pekerjaan pelajar Kolej ITBASE

Perbincangan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar Kolej ITBASE untuk mendapatkan pendedahan secara langsung kepada industri pelabuhan antarabangsa, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Perbincangan ini akan disusuli dengan perbincangan lanjut bersama pihak ICPC, Kolej ITBASE dan PTIS bagi memastikan pelaksanaan kerjasama ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat maksimum kepada pelajar.

Sertai Rangkaian Industri Bersama Kolej ITBASE

Kerjasama strategik ini selaras dengan komitmen Kolej ITBASE dalam menyediakan pendidikan TVET berkualiti serta memperkukuhkan hubungan industri demi melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia untuk pasaran kerja.

Sertai ITBASE hari ini dan mulakan langkah pertama ke arah kerjaya berkemahiran tinggi.
Daftar di sini: https://itbase.edu.my/pendaftaran-daripada-industri/