Kenali Kami Dengan Lebih Dekat

Latar Belakang

ITBase College > Latar Belakang
Ruang pembelajaran bagi melahirkan bakat TVET & profesional Tahfiz masa depan

PENGALAMAN DI ITBASE ADALAH SESUATU YANG KAMI BANGGAKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA PELAJAR

KOLEJ ITBASE

KOLEJ ITBASE menawarkan pendidikan TVET & Tahfiz secara menyeluruh

MATLAMAT KAMI ADALAH UNTUK MEMPERKASA PENDIDIKAN & KEMAHIRAN

    KOLEJ ITBASE merupakan sebuah institusi latihan bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang menawarkan Program Kemahiran TVET peringkat Sijil dan Program Tahfiz berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), penulisan ayat-ayat hafazan serta hafazan 30 juzuk.
    Melalui penyelarasan dua institusi — Program TVET dijalankan di KOLEJ ITBASE Johor manakala Program Tahfiz dilaksanakan di Madrasah Al Aminiah Bertam Tahfiz Vokasional, Pulau Pinang — pelajar diberikan peluang untuk membina kemahiran teknikal serta keteguhan kerohanian secara seimbang.
    Bermula pada tahun 2001, dibawah pengurusan ITB Access Sdn Bhd institusi ini telah berkembang dengan pengalaman melebihi 2 dekad. Kolej ITBase terus komited dalam melahirkan graduan yang mahir, berdisiplin dan bertaqwa.

Misi

  1. Melahirkan tenaga kerja kompeten untuk memenuhi pasaran kerja dalam bidang TVET.
  2. Menyediakan latihan kemahiran yang berterusan kepada pelatih TVET.
  3. Membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan inovatif mengikut perubahan teknologi dan persekitaran.

Visi

Menjadi pusat Kemahiran TVET dan TVET Tahfiz yang kompeten dan selari dengan syariat Islam.

Matlamat

  1. Memberi peluang kepada pelatih mengikuti latihan dengan yakin
  2. Melahirkan pekerja mahir
  3. Menyediakan persekitaran dan kemudahan latihan yang kondusif dan relevan

Kami percaya bahawa kemahiran adalah aset utama pembangunan diri dan negara. Pendidikan teknikal bukan sekadar teori, tetapi satu perjalanan pembelajaran praktikal yang membuka peluang sebenar ke dunia pekerjaan dan keusahawanan.

Pensijilan

Persijilan Kemahiran Malaysia

  1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.