Lawatan Industri : Sumitomo Electric Interconnect Products (M) Sdn. Bhd.

ITBase College > Berita > Lawatan Industri : Sumitomo Electric Interconnect Products (M) Sdn. Bhd.

Kolaborasi Industri & Kolej ITBASE

Kolej Itbase telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dan memenuhi keperluan tenaga kerja semasa. Melalui kolaborasi ini, pelajar berpeluang mengikuti latihan industri, pembelajaran berasaskan projek sebenar, serta menerima pendedahan teknologi terkini yang digunakan oleh syarikat serta peluang pekerjaan kepada graduan TVET yang menepati syarat. Kerjasama ini dijangka dapat memastikan kurikulum kolej lebih relevan dan sejajar dengan perkembangan industri, sekaligus membantu menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak pasaran.

Sertai Rangkaian Industri Bersama Kolej ITBASE

Inilah masanya untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan TVET yang selari dengan keperluan industri. Dengan sokongan rakan industri dan latihan berterusan, pelajar ITBASE lebih bersedia untuk memulakan kerjaya selepas tamat pengajian.

Sertai ITBASE hari ini dan mulakan langkah pertama ke arah kerjaya berkemahiran tinggi.
Daftar di sini: https://itbase.edu.my/pendaftaran-daripada-industri/