ITBase menyediakan kemudahan pembelajaran moden dan kondusif bagi memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran terbaik. Setiap ruang dan peralatan disediakan bagi menyokong suasana pembelajaran berteraskan teknologi serta kemahiran industri.

Bilik ini berfungsi sebagai pusat perbincangan tenaga pengajar dan pelajar. Ia dilengkapi dengan kemudahan komputer, dan ruang kerja yang selesa bagi tujuan penyediaan bahan pembelajaran dan sesi konsultasi akademik.
Fungsi utama:
Tempat penyediaan modul pembelajaran dan perbincangan
Ruang konsultasi pelajar
Mesyuarat akademik kecil

Berfungsi sebagai menyokong pembelajaran pelajar melalui penggunaan komputer. ia membantu pelajar memahami asas teori,kerja praktikal dan keselamatan sebelum menjalani amali sebenar.
Fungsi utama:
Latihan perisian mengikut bidang, laporan dan tugasan portfolio
Ujian online penilaian sijil kemahiran
Akses internet dan research serta latihan softskill digital

Bengkel ini dilengkapi dengan kelengkapan dan peralatan kimpalan seperti ARC dan MIG Welding. Ia berfungsi sebagai tempat latihan amali bagi pelajar memahami teknik penyambungan logam dan keselamatan bengkel.
Fungsi utama:
Memberi latihan praktikal sebenar dan menguasai teknik kimpalan mengikut standard industri
Menyediakan tempat yang selamat untuk latihan
Menguji dan menilai hasil kimpalan untuk penyediaan sijil kemahiran

Bengkel Elektrik menyediakan kemudahan untuk pelajar menjalankan latihan amali berkaitan pendawaian, pemasangan dan pengujian sistem elektrik. Ia dilengkapi dengan papan latihan dan alatan keselamatan lengkap.
Fungsi utama:
Memberi latihan praktikal dengan peralatan sebenardan kerja-kerja pemasangan elektrik
Memahami dan mengamalkan keselamatan elektrik, ujian dan pemasangan elektrik
Memahami lukisan elektrik dan latihan sistem kawalan

Membolehkan pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik menjalani asas teori, proses kerja dan prosedur keselamatan sebelum latihan amali.
Fungsi utama:
Menyampaikan asas teori berkaitan Kimpalan dan Elektrik
Memberi penerangan tentang proses kerja sebelum amali
Menyediakan ruang interaktif untuk soal jawab dan perbincangan

Bilik Mesyuarat dan Penerangan ini disediakan sebagai ruang rasmi untuk perbincangan, taklimat, dan penyampaian maklumat berkaitan pengurusan serta aktiviti pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik.
Fungsi utama:
Tempat mengadakan mesyuarat rasmi
Ruang untuk taklimat dan penerangan
Menyokong pengurusan dan perancangan program pelajar

Asrama ini disediakan sebagai tempat penginapan pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik, menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk belajar, berehat serta menggalakkan interaksi sosial dan disiplin pelajar.
Fungsi utama:
Menjadi tempat penginapan pelajar yang selesa dan selamat
Menyediakan ruang untuk rehat dan pembelajaran
Diawasi oleh CCTV dan warden keselamatan

Dewan ini digunakan sebagai ruang serbaguna untuk ceramah, taklimat, mesyuarat dan aktiviti pembelajaran pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik.
Fungsi utama:
Tempat ceramah dan taklimat
Ruang mesyuarat dan perbincangan
Menyediakan ruang untuk program akademik dan kokurikulum