
Kolej ITBASE mempelawa Alumni Kolej ITBASE serta orang awam yang berumur 18 tahun ke atas untuk merebut peluang kerjaya bersama Celestica, sebuah syarikat pembuatan elektronik bertaraf antarabangsa.
Pengambilan ini memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam bidang Kimpalan (Welding) dan Elektrik, khususnya lepasan SKM, Diploma atau individu yang mempunyai pengalaman serta kemahiran berkaitan.
Peluang ini merupakan salah satu usaha Kolej ITBASE melalui Unit Industry and College Partnership Centre (ICPC) dalam membantu alumni mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang kemahiran yang dipelajari, di samping membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk membina kerjaya dalam industri pembuatan berteknologi tinggi.
Menurut Penyelaras Unit ICPC, Puan Radziah, pengambilan ini diharap dapat membantu lebih ramai graduan dan pencari kerja memperoleh pekerjaan yang stabil serta meningkatkan pengalaman mereka dalam sektor industri.
Calon yang berminat digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana kekosongan adalah terhad dan pengambilan akan dibuat berdasarkan keperluan semasa pihak syarikat.
Penyelaras Unit ICPC (Puan Radziah)
📞 https://wa.me/60189782402?text=Saya%20berminat%20dengan%20jawatan%20kosong%20Celestica.%60