Hari Kerjaya TVET MyFutureJobs di Kolej ITBase

ITBase College > Berita > Hari Kerjaya TVET MyFutureJobs di Kolej ITBase

Peluang Kerjaya TVET untuk Pencari Kerja di Batu Pahat dan Sekitar Johor

Kepada semua pencari kerja di sekitar Batu Pahat dan Johor, jangan lepaskan peluang emas ini! Kolej ITBase dengan kerjasama MYFutureJobs (di bawah PERKESO) menganjurkan Hari Kerjaya TVET MyFutureJobs yang bakal menyediakan peluang temuduga terus dengan pelbagai syarikat ternama.

Butiran Acara:

  • Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)
  • Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
  • Tempat: Kolej ITBase, Parit Sumarto, No. 17, Jalan Waja 1, Taman Waja, 86400 Parit Raja, Johor Darul Ta’zim
  • Peta Lokasi: Klik di sini untuk Google Maps

Senarai Syarikat Terlibat dan Jawatan Ditawarkan:

  1. Antara syarikat yang menyertai termasuklah:

    1. GPE Tech Solution Jawatan: Welder, Team Leader Plumber Technician, Backhoe Operator, Site Safety Supervisor, Intern – Welding
    2. Stinis Malaysia Sdn Bhd Jawatan: Welder, Grinder, Assembler, Electrician, Fitter, Machinist, Account Assistant
    3. Celestica Electronics (M) Sdn Bhd Jawatan: Production Operator, Technician (Test/Quality/Assembly), Welder
    4. Altek Medical Sdn Bhd Jawatan: Operator, Technician Electrical, QC Inspector, Internship Electrical
    5. NM Aircond Sdn Bhd Jawatan: Aircond Technician, Intern Technician
    6. Power Plug Busduct Sdn Bhd Jawatan: Quality Inspector, Production Welder, Production Operator, Intern (Sales & Marketing, Quality Assurance, HR & Administrative, Management Support)
    7. Compuware Technology Sdn Bhd Jawatan: AOI Technician, SMT Technician, Test Technician, Process Technician, Wave Solder Technician, IPQC, Repair Technician, Production Line Leader, Production Team Leader, Production Operator

    Acara ini amat sesuai untuk graduan TVET, pelajar ITBase yang bakal menjalani latihan praktikal atau tamat pengajian (SKM3), alumni ITBase, serta orang awam yang mencari peluang kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional.

Jangan lepaskan peluang membina masa depan kerjaya anda!

Hubungi Kolej ITBase untuk maklumat lanjut atau lawati laman web rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair .

Sertai komuniti Kolej ITBase untuk peluang kerjaya dan latihan TVET terkini. Ikuti kami di media sosial @myfuturejobs dan laman web itbase.edu.my !