Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik direka untuk melahirkan tenaga mahir yang berpengetahuan luas dalam bidang pemasangan sistem elektrik domestik dan industri. Pelajar akan didedahkan kepada latihan teori dan praktikal berserta garis panduan keselamatan yang digunakan dalam industri.
Kursus ini menekankan kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan, pembaikan, dan pemasangan sistem elektrik mengikut kod dan peraturan yang ditetapkan, sekaligus menyediakan graduan yang kompeten dan mampu bersaing dalam pasaran kerja sebagai juruelektrik perindustrian, juruelektrik penyelenggaraan, juruelektrik komersial atau juruelektrik umum.
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan keselamatan sistem elektrik. Pelajar disediakan untuk menghadapi cabaran industri.

Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik
No 17-01, Jalan Waja 1, Taman Waja,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
07 – 454 3617 / 07 – 454 2020
admin@itbase.edu.my
Isnin – Jumaat 8:00 pagi. – 5:00 petang.
Sedia untuk mulakan kerjaya dalam bidang elektrik?
Sertai program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik hari ini dan capai pengiktirafan kemahiran profesional yang diiktiraf industri.

