Kemudahan pembelajaran moden dan kondusif.

Fasiliti ITBase

ITBase College > Fasiliti ITBase

ITBase menyediakan kemudahan pembelajaran moden dan kondusif bagi memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran terbaik. Setiap ruang dan peralatan disediakan bagi menyokong suasana pembelajaran berteraskan teknologi serta kemahiran industri.

Bilik Pengajar

Bilik ini berfungsi sebagai pusat perbincangan tenaga pengajar dan pelajar. Ia dilengkapi dengan kemudahan komputer, dan ruang kerja yang selesa bagi tujuan penyediaan bahan pembelajaran dan sesi konsultasi akademik.

Fungsi utama:

  • Tempat penyediaan modul pembelajaran dan perbincangan

  • Ruang konsultasi pelajar

  • Mesyuarat akademik kecil

Lab Komputer

Berfungsi sebagai menyokong pembelajaran pelajar melalui penggunaan komputer. ia membantu pelajar memahami asas teori,kerja praktikal dan keselamatan sebelum menjalani amali sebenar.

Fungsi utama:

  • Latihan perisian mengikut bidang, laporan dan tugasan portfolio

  • Ujian online penilaian sijil kemahiran

  • Akses internet dan research serta latihan softskill digital

Bengkel Kimpalan

Bengkel ini dilengkapi dengan kelengkapan dan peralatan kimpalan seperti ARC dan MIG Welding. Ia berfungsi sebagai tempat latihan amali bagi pelajar memahami teknik penyambungan logam dan keselamatan bengkel.

Fungsi utama:

  • Memberi latihan praktikal sebenar dan menguasai teknik kimpalan mengikut standard industri

  • Menyediakan tempat yang selamat untuk latihan

  • Menguji dan menilai hasil kimpalan untuk penyediaan sijil kemahiran

Bengkel Elektrik

Bengkel Elektrik menyediakan kemudahan untuk pelajar menjalankan latihan amali berkaitan pendawaian, pemasangan dan pengujian sistem elektrik. Ia dilengkapi dengan papan latihan dan alatan keselamatan lengkap.

Fungsi utama:

  • Memberi latihan praktikal dengan peralatan sebenardan kerja-kerja pemasangan elektrik

  • Memahami dan mengamalkan keselamatan elektrik, ujian dan pemasangan elektrik

  • Memahami lukisan elektrik dan latihan sistem kawalan

Bilik Teori

Membolehkan pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik menjalani asas teori, proses kerja dan prosedur keselamatan sebelum latihan amali.

Fungsi utama:

  • Menyampaikan asas teori berkaitan Kimpalan dan Elektrik

  • Memberi penerangan tentang proses kerja sebelum amali

  • Menyediakan ruang interaktif untuk soal jawab dan perbincangan

Bilik Mesyuarat

Bilik Mesyuarat dan Penerangan ini disediakan sebagai ruang rasmi untuk perbincangan, taklimat, dan penyampaian maklumat berkaitan pengurusan serta aktiviti pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik.

Fungsi utama:

  • Tempat mengadakan mesyuarat rasmi

  • Ruang untuk taklimat dan penerangan

  • Menyokong pengurusan dan perancangan program pelajar

Asrama

Asrama ini disediakan sebagai tempat penginapan pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik, menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk belajar, berehat serta menggalakkan interaksi sosial dan disiplin pelajar.

Fungsi utama:

  • Menjadi tempat penginapan pelajar yang selesa dan selamat

  • Menyediakan ruang untuk rehat dan pembelajaran

  • Diawasi oleh CCTV dan warden keselamatan

Dewan

Dewan ini digunakan sebagai ruang serbaguna untuk ceramah, taklimat, mesyuarat dan aktiviti pembelajaran pelajar TVET Kimpalan dan Elektrik.

Fungsi utama:

  • Tempat ceramah dan taklimat

  • Ruang mesyuarat dan perbincangan

  • Menyediakan ruang untuk program akademik dan kokurikulum