Intake Program TVET Elektrik dan Kimpalan Dibuka bagi Sesi Januari/Februari 2026

ITBase College > Berita > Intake Program TVET Elektrik dan Kimpalan Dibuka bagi Sesi Januari/Februari 2026

Pengambilan Intake Baru

KOLEJ ITBASE  dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pengambilan baharu (intake) bagi Program TVET Elektrik dan Kimpalan kini dibuka untuk sesi Januari/Februari 2026. Pelajar lepasan sekolah serta individu yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dipelawa untuk membuat permohonan segera sebelum tarikh pendaftaran ditutup.

Program TVET ini menawarkan latihan kemahiran tahap tinggi yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sekaligus memberikan peluang kepada pelajar untuk melangkah ke dunia pekerjaan dengan lebih yakin dan kompeten.

Syarat Kelayakan

Program ini terbuka kepada:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 15 hingga 35 tahun
  3. Tiada syarat wajib PT3/SPM (layak memohon tanpa keputusan peperiksaan)
  4. Terbuka kepada semua pelajar SMK, Madrasah dan Tahfiz

Ini menjadikan program ITBASE College lebih inklusif dan sesuai untuk pelbagai latar belakang pelajar yang ingin memulakan kerjaya dalam industri teknikal.

Bidang Ditawarkan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Elektrik

Pelajar akan mempelajari penyelenggaraan elektrik, pemasangan pendawaian, kawalan motor dan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Kimpalan

Latihan merangkumi weld inspection, teknik SMAW/GMAW, keselamatan bengkel dan prosedur kerja mengikut standard industri.

Cara Mendaftar

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

Klik untuk daftar:
https://itbase.edu.my/kursus-tvet-kimpalan-elektrik/

Pelajar yang berminat digalakkan mendaftar segera kerana tempat adalah terhad.