skip to Main Content
Pusat Kemahiran IT Base

Diperakui sebagai pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dahulunya Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) pada tahun 2001 dengan menggunakan nama I.T.B Computer Centre sebagai nama Pusat Bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Menukar nama Pusat Bertauliah I.T.B. Computer Centre kepada nama Pusat Kemahiran IT Base secara rasminya pada 22 Oktober 2007 dan di bawah pengurusan syarikat ITB Access Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 30 September 2004.

Misi

Menyediakan latihan kemahiran yang berterusan kepada pelatih bagi membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan inovatif mengikut perubahan teknologi dan persekitaran.

Visi

Berazam menjadi penyedia latihan kemahiran yang cekap bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir bertaraf dunia.

Matlamat

  • Memberi peluang kepada pelatih mengikuti latihan dengan yakin
  • Melahirkan pekerja mahir
  • Menyediakan persekitaran dan kemudahan latihan yang kondusif dan relevan

Pensijilan

Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Calon hanya dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Menamatkan jangkamasa latihan seperti yang ditetapkan dengan jayanya; dan
  • Mencapai tahap keterampilan seperti yang disyaratkan; dan
  • Terampil dalam National Competency Standard (NCS)-Core Abilities seperti yang disyaratkan dalam Panduan Pelaksanaan National Competency Standard (NCS) – Core Abilities.
  • Bagi yang tidak mencapai tahap keterampilan tiada Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan.


Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran

Kongsikan di :
fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top